Tuesday, June 22, 2010

COPY

BAGI BUKAN ISLAM
Oleh :
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Rashidy Jamil Muhammad ar-Rashid
2
ISU KALIMAH ALLAH DAN HUKUM PENGGUNAANNYA BAGI BUKAN ISLAM
MUQADDIMAH
Firman Allah SWT :

¥ ¤£ ¢ ¡
§ ¦
Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan
orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah
perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai
perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(Surah al-Taubah 9 : 30 )
3
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan serta
tempat pergantungan seluruh makhlukNya, Allah yang tidak mempunyai anak serta
diperanakkan dan tidak ada makhluk yang dapat mengatasi dan menandingiNya, apatah
lagi merubah segala yang telah ditaqdirkan olehNya.
Selawat serta salam yang setulusnya buat sebaik-baik ikutan, penyebar nikmat terbesar
di alam ini dengan risalah Islam yang perlu didasari dengan keyakinan Iman, yang telah
membersihkan Lafaz Al-Jalalah dari ucapan-ucapan dusta Musyrikin dan Kafirin.
Isu kalimah Allah merupakan satu lagi serangan terkini terhadap Aqidah Islam yang
nampaknya seakan-akan berwajah intelektual. Umat Islam di negara ini dikejutkan
dengan keberanian pihak Kristian yang begitu lantang mempertahankan tindakan
mereka menggunakan lafaz suci ini di dalam bahan percetakan mereka yang akhirnya
turut mengheret institusi kehakiman negara.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan kalimah Allah di dalam
penulisan. Jika ditinjau dan diperhatikan, sebelum ini pun terdapat brosur-brosur dan
buku-buku berwajah Islam yang turut menggunakan kalimah Allah seperti Rahsia jalan
yang lurus, Kiamat, Komik Kisah yang paling menarik untuk diceritakan dan
lain-lain yang telah disebarkan secara percuma oleh mereka. Bahkan mereka turut
menggunakan kalimah suci ini di dalam Bible bahasa Melayu yang dikenali sebagai Al-
Kitab, Berita Baik.
4
Terdapat juga Sarjana-Sarjana Islam yang turut bersetuju dengan tuntutan agar kalimah
Allah dibenarkan sahaja penggunaannya di kalangan bukan Islam dan tidak kurang pula
ada yang menambah hujah-hujah ilmiah bagi menyokong penggunaannya di kalangan
bukan Islam.
Soalnya, apakah benar dakwaan mereka? Benarkah hujah-hujah ilmiah yang telah
dinyatakan tersebut menepati waqi’ dengan memahami kesan-kesan tersurat serta yang
tersirat di sebalik isu yang menggemparkan di negara kita
ini?
PENDAHULUAN
Walaupun penggunaan nama Allah mashyur di kalangan umat Islam dan orang yang
beriman, tetapi mutaakhir ini, isu penggunaan Lafaz Al-Jalalah ini mula dipersoalkan
oleh orang-orang bukan Islam khususnya Kristian di mana Herald Catholic Weekly
turut sama menggunakannya dengan menterjemahkan perkataan God kepada Allah.
Akhirnya pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Benard
Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic,
menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah
membuat keputusan. Ini menyebabkan berlaku perselisihan pendapat dikalangan
masyarakat khususnya para Ulama’. Justeru, risalah kecil ini cuba sedaya mungkin
menekuni permasalahan ini dengan berpandukan kepada dalil-dalil dan maslahat
setempat.
5
Pendapat Ulama’
Sebahagian Ulama’ mengemukakan pendapat tentang keharusan menggunakan
perkataan Allah bagi orang-orang bukan Islam. Walaupun begitu, pendapat kebanyakan
Ulama’ menyatakan ketidakharusan berdasarkan realiti dan waqi’ di Malaysia. Justeru,
risalah ini akan cuba membincangkan kedua-dua hujah berkenaan dalam konteks
penggunaan dan semangat bahasa Malaysia itu sendiri di Malaysia ini.
Hujah Yang Membolehkan/ Mengharuskan
Antara Ulama’ yang menyokong berkenaan dengan keharusan penggunaannya ialah
Syeikh Fauzi al-Zafzaf, bekas Timbalan Rektor al-Azhar yang sekarang menjawat
jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Dialog Antara Agama Universiti al-Azhar.
Golongan yang berpendapat bahawa harus penggunaannya di kalangan bukan Islam ini
telah mengemukakan dua hujah. Pertama hujah daripada al-Quran dan kedua daripada
logik akal dan bahasa. Antara hujah mereka ialah :
Pertama : Hujah Daripada al-Quran
(iii) Firman Allah SWT :
6
©¨ § ¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡
.¬ « ª
Maksudnya : Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan
bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" Sudah tentu mereka akan
menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan
(oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi
perintah-Nya)?
(Surah al-Ankabut 29:61)
Wajah istidlal menunjukkan bahawa keharusan menggunakan nama Allah kerana
orang kafir juga menggunakannya.
(iv) Firman Allah SWT :
³ ²± ° ®¬ « ª © ¨ § ¦ ¥
¸ ¶ ´
7
Maksudnya : Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab:
"Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai
bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak
mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui
(hakikat tauhid dan pengertian syirik).
(Surah Luqman 31:25)
Wajah istidlal daripada ayat ini menunjukkan jawapan yang diberi oleh orang kafir
bahawa Allah lah yang menciptakan makhluk-Nya.
(v) Firman Allah SWT :
° ® ¬ « ª © ¨ § ¦
±
Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (Wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab:
"Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengetahui".
(Surah Zukhruf 43 : 9)
8
Wajah istidlal daripada ayat ini menunjukkan bahawa pencipta langit dan bumi adalah
Allah dan inilah yang diucapkan oleh orang kafir.
Kedua : Hujah Daripada Logik Akal dan Bahasa
1. Lafaz Allah sudah pun wujud dan digunakan sebelum kedatangan Islam. Ini
berdasarkan hujah mereka bahawa bapa Rasulullah SAW sendiri bernama Abd
Allah.
2. Lafaz Allah juga digunakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani sebelum
kedatangan Islam lagi. Ini berdasarkan dalil al-Quran menerusi surah al-Taubah
yang mengakui bahawa orang-orang Yahudi telah menyatakan Uzair itu anak
Allah. Manakala bagi orang-orang Nasrani pula mengakui bahawa al-Masih (Isa
AS) adalah anak Allah.
3. Lafaz Allah juga wujud dan turut digunakan di dalam Kitab Bible berbahasa Arab.
(al-Kitab al-Muqaddas). Sebagaimana yangn tertulis di dalam beberapa
tempat. Antaranya dalam perjanjian lama, al-Taqwin 1:1. Yang menyebut
dengan jelas : LMNO PIOQRSHI >? BCD EFGHI JK
4. Lafaz Allah bukan milik eksklusif untuk umat Islam sahaja seperti dakwaan
mereka.
9
5. Hujah mereka yang mengatakan bahawa lafaz Allah ini berasal dan hampir sama
bunyinya dari kalimah Eloh yang merupakan panggilan terhadap Tuhan dalam
bahasa Yahudi.
Hujah Yang Mengharamkan
Ramai di kalangan Ulama’ menolak pendapat yang mengharuskan penggunaan nama
Allah bagi yang bukan Islam. Antara mereka ialah, Penasihat Undang-undang
Kementerian Kehakiman Arab Saudi, Syeikh Abdul Muhsin al-Abikan. Justeru, mereka
mengemukakan hujah di samping menjawab hujah yang dikemukakan oleh yang
mengharuskannya.
Di sini akan dinyatakan beberapa hujah dan alasan berkenaan dengan pengharaman
nama Allah. Antaranya :
Pertama :
1. Kerana Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat Ahadiyyah
dan Somadiyyah-Nya sebagaimana firman Allah SWT :
HGFEDCBA
Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat…
10
(Surah al-Ikhlas 112:1-2)
Hamka dalam tafsirnya 30/302 dengan menukilkan Tafsir Abu Suud berkata :
“Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan 2) dengan kejelasan bahawa Dia
adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa
yang tidak mempunayi kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Dalam ayat pertama
ditegaskan keesaan-Nya, untuk menjelaskan bersih-Nya Allah dari berbilang dan
bersusun, jelaslah bahawa pada-Nya terkumpul segala sifat Kesempurnaan.
Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan
kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya tidak pernak
berkurang.”
2. Berdasarkan firman Allah SWT :

¤£ ¢ ¡
§ ¦ ¥
Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan
orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah
perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai
11
perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka.
Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(Surah al-Taubah 9 : 30 )
Wajah istidlal daripada ayat ini ialah pada : Demikianlah perkataan mereka dengan
mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir
dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh
berpaling dari kebenaran?
Allah SWT menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah memfitnah Allah
dengan menyatakan bahawa Allah mempunyai anak iaitu Uzair dan juga al-Masih. Maka
di dalam menolak fitnah ini, Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyatakan bahawa
Allah SWT bukanlah seperti yang didakwa oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani
menerusi firman Allah SWT :
PONMLKJIHGFEDCBA
SRQ
Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak
ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".
12
(Surah al-Ikhlas 112 : 1-4)
Maka setelah Rasulullah SAW membersihkan maksud kalimah ini, dari mulut orangorang
Yahudi dan Nasrani, wajarkah Muslim hari ini memberi kebenaran untuk mereka
menggunakan kembali lafaz suci ini.
3. Lafaz Allah tidak pernah wujud di dalam bahasa asal penulisan Kitab Taurat
orang Yahudi dan Kitab Injil (Bible) orang-orang Nasrani. Sebagaimana yang kita
maklum, bahasa penulisan Kitab Taurat ialah bahasa Ibrani (Hebrew) manakala
bahasa penulisan Kitab Injil (Bible1) ialah bahasa Greek (Yunani).
4. Hujah mereka yang menyatakan bahawa kalimah Allah terdapat di dalam Al-
Kitab iaitu Bible terjemahan bahasa Melayu dan juga Al-Kitab Al-Muqaddas iaitu Bible
terjemahan Bahasa Arab juga tidak dapat diterima kerana lafaz Allah yang digunakan
di dalam kedua-dua Bible tersebut jelas membawa maksud yang berbeza terhadap
lafaz Allah. Ini adalah kerana Allah yang dimaksudkan oleh kedua-dua Bible tersebut
jelas menunjukkan kepada akidah Triniti (tiga di dalam satu) yang meyakini bahawa
Bapa di Syurga ialah Allah, manakala Nabi Isa (Jesus) adalah anaknya dan Ruhul
Qudus pula merupakan salah satu oknum daripada tiga oknum triniti tersebut. Ini
dapat diperhatikan jelas menerusi dalil-dalil daripada kitab Bible mereka yang
menyebut di beberapa tempat antaranya di dalam Perjanjian Baru, Markus 13:32 :
1 Kitab Bible mengandungi perjanjian lama dan perjanjian baru. Lima kitab awal di dalam perjanjian
lama iaitu Kitab Kejadian, Kitab Keluaran, Kitab Immamat, Kitab Bilangan, Kitab Ulangan dipercayai
merupakan Kitab Taurat bagi orang Yahudi.
13
Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya,
baik malaikat-malaikat di Syurga ataupun anak (Yesus); hanya Bapa
yang tahu.
Dalam Lukas 23:46 juga menyebut :
“Lalu Yesus berseru dengan suara lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diriKu kedalam
tanganMu!” Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal.”
Konsep triniti ini juga dapat diperhatikan secara jelas melalui Perjanjian Baru, 1 Yohanes
5:7-8 yang menyebut :
“Ada tiga saksi : Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang
sama”.
Di dalam Perjanjian Baru , Matius 3:16-17 juga menyebut :
Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus
nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atasNya. Kemudian terdengarlah
suara Allah berfirman : “ Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hatiku”.
Di dalam Perjanjian Baru , Lukas 3:21-22 juga menyebut :
14
Setelah semua orang dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka,
dan Roh Allah berwujud burung merpati turun keatas-Nya. Lalu terdengar satu suara
dari Syurga mengatakan : “ Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan
hatiKu.”
Maka menerusi dalil-dalil yang telah dinyatakan ini, jelaslah bahawa lafaz Allah yang
telah digunakan oleh mereka di dalam kedua-dua Bible tadi membawa maksud yang
amat berbeza dengan keyakinan Islam.
5. Dalam bahasa Ibrani, lafaz Tuhan disebut sebagai Elohim dan YHWH.
Namun YHWH merupakan nama yang terlalu hebat bagi Tuhan dan tidak boleh
disebut sewenang-wenangnya. Perkataan ini, telah diganti sebagai ADONAI2. Ini
dapat diperhatikan menerusi dalil dari Kitab Bible yang menyebut di dalam
perjanjian baru yang menyebut : “Pada tengah hari selama tiga jam, seluruh
negeri itu menjadi gelap. Pada pukul 3 petang, Jesus berseru dengan suara
lantang “Eli, eli lama Sabakhtani?” yang bermaksud “Allah, Allah mengapa Engkau
tinggalkan aku?” beberapa orang di situ mendengar seruan Jesus lalu berkata :
“Dia memanggil Elia.” Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu
mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu
dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu dihulurkan ke mulut Jesus. Tetapi orang
lain di situ berkata : “Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang
menyelamatkan dia.” Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu
menghembuskan nafas terakhirnya.3
2 What Is His Name? Ahmed Deedat, Islamic Propagation Centre International. Hal. 25
3 al-Kitab Berita Baik, Kitab Matius bab 27 ayat 45-50
15
Kalimah Eli ini juga turut digunakan di tempat yang lain dalam perjanjian baru,
Kitab Markus bab 15 ayat 33-37.
6. Dalam bahasa Greek (Yunani) pun tidak terdapat lafaz Allah. Lafaz Tuhan
di dalam bahasa Greek disebut sebagai Theos. Sekiranya Tuhan yang disembah
oleh mereka merupakan Tuhan yang sebenar, Theos ini dipanggil sebagai
Hotheos. Dan sekiranya merujuk kepada bukan Tuhan yang sebenar, maka dia
dipanggil sebagai Tontheos.4
7. Sekiranya lafaz Allah terdapat di dalam Kitab Bible berbahasa Arab (al-
Kitab al-Muqaddas) sebagaimana yang dijadikan hujah oleh mereka, ini adalah
semata-mata kerana penterjemahan dan penggunaan secara wariasan sahaja
tanpa mereka memahami maksud sebenar dengan semangat bahasa Arab sendiri.
8. Dari sudut Fiqhiyyah pula, Sad al-Zarai’ di mana kalimah Allah jika
dibiarkan untuk digunakan oleh yang bukan Islam, maka kesucian dan kefahaman
amat berbeza serta sifatnya yang muqaddas tidak dapat dipertahankan dan
dipelihara dengan sebaik mungkin. Bahkan fahaman mereka berkenaan dengan
Allah sendiri berlainan sama sekali daripada kefahaman umat Islam.
• Perkataan Allah mempunyai partikel al iaitu al-ilah yang merujuk kepada The Only
God.
4 Dialog Syeikh Ahmad Deedat & Pastor Stanley Sjoberg dalam perbahasan Benarkah Nabi Isa Tuhan?
Hal. 54 oleh Muhammad Ramzi Omar.
16
• Penulis Marshall G.S Hodgson dalam bukunya The Venture of Islam :
Conscience and History in a World Civilization bahawa terma ‘Allah’ disebut
oleh Muslim yang berbahasa Inggeris adalah merujuk kepada Tuhan dalam Islam.
• Hodgson menyebut orang Islam menyembah Tuhan bernama Allah yang bukan
sekadar Tuhan sebagai pencipta.
Kedua : Jawapan hujah pertama.
Hujah yang mereka gunakan daripada ayat al-Quran :
Surah al-Ankabut 29:61, Surah Luqman 31: 25 dan Surah Zukhruf 43 : 9
Al-Maghari berkata dalam tafsirnya 11/5284 : “Sebenarnya mereka mengetahui, Allah
SWT yang mencipta langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan. Walaupun
mereka mengakui keesaan-Nya tetapi mereka masih tetap menyembah selain daripada-
Nya. Sepatutnya Dialah yang mesti disembah kerana Dialah satu-satunya yang berhak
disembah. Banyak disebut dalam al-Quran tentang Tauhid Uluhiyyah selepas
menyebut Tauhid Rububiyyah . Tujuan disebut itu bagi mengakui Allah SWT sebagai
pencipta dan penjaga alam semesta, sekaligus mengakui Allah SWT sebagai satusatunya
Tuhan yang berhak disembah, dipatuhi dan ditaati.
Penjelasan Berkenaan Lafaz Allah Dan Maknanya
Perbincangan ini dibahagikan kepada beberapa perkara, antaranya :
17
Pertama : Pada Bahasa
Lafaz Allah merupakan kata terbitan yang mempunyai kata dasar yang tertentu. Namun
para ulama’ berbeza pandangan tentang asal kalimah Allah tersebut. Pendapat yang
tepat ialah kalimah ini berasal dari ) JQNOD? P- JNODE P- IJKLKD? M- CDGH– CDE (.
Ia membawa maksud (UV اST- RST) iaitu menyembah dan penyembahan. Daripada
timbangan (wazan) ini lahirnya kalimah ilah (CDX) yang bermaksud ma’luh (YODGZ) iaitu
yang disembah (ma’bud). Lafaz ini merujuk kepada maksud yang tersendiri
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahasa. (Lisan al-Arab 1/197)
Secara tafsilnya, seperti dalam Kitab al-Mu’jam:
Pertama : Perkataan IJKQMNODE[KP- IJKNODKE KP- IJKLKD? M- C[ KDG\ KH– KCKDKE maksudnya ialah : Beribadat
Kedua : Perkataan اILKDKE C[ KD ا\ KH KCMDKE maksudnya : Hairan dan tercengang.
Ketiga : Perkataan MC\QKDMX KCMDKE maksudnya : Pergi dan berharap kepadanya.
Ini semua makna yang diambil daripada kalimah IJKQMNODE[KP- IJKNODKE KP- IJKLKD? M-C[ KDG\ KH– KCKDKE dan
antara lain dengan maksud mentaati dan hal ini berlaku pada ibadah iaitu cinta dalam
ketaatan. (Mausuah Asma’ Allah al-Husna 2/7)
Kata ini merupakan bentuk thulathi (tiga huruf) iaitu alif, lam dan ha yang mencakupi
beberapa makna :
18
• Peribadatan seperti dikatakan : “Fulan beribadah kepada Tuhan, ketuhanan,” iaitu
menyembah.
• Sewa-menyewa, seperti dikatakan : “Fulan alhan,” iaitu : menyewakannya dan
memberikannya ketenangan.
• Kebingungan, seperti dikatakan : “Aliha-alah,” iaitu bingung.
• Tinggal, seperti dikatakan : “Aliha ditempat, “ iaitu, tinggal ditempat tersebut.
Kedua : Pada Istilah :
Al-Ilah adalah setiap sesuatu yang disembah. Barangsiapa yang menyelidiki
pengambilan sebutan al-Jalalah (Allah) maka diketahui bahawa nama tersebut terambil
dari kata (Ilahu). Ketika kata ini dimasukkan dengan huruf (al) al-tafsir (definitive)
kemudian huruf hamzah pada (Ilahu) serta lam al-ta’rid didengungkan maka menjadilah
sebutan kalimah (Allah). (Allah al-Ahad hal 235-236)
Dinukilkan daripada Ibn Manzur beberapa pandangan para ulama’ berkenaan dengan
nama Allah SWT. (1/196-197)
1. Al-Laith berkata : “Telah sampai kepada kami bahawa nama Allah yang Maha
Besar ialah Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia yang bersifat Esa.”
19
2. Syeikh Abdullah Sirajuddin berkata : “Allah adalah isim alam. Menunjukkan
terhadap zat Allah Taala Rab al-Alamin, Tuhan yang disembah dengan sebenar,
bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang tidak boleh dihitung dan dikira,
dihadkan dan dibataskan. Suci daripada segala keaiban dan kelemahan, Esa
dengan sifat wajib al-wujub dan tidak layak seorang pun atau mana makhluk
pun menamakan dengan nama-Nya. Dengan sebab itulah kalimah Allah tidak
ditasniahkan (diduakan) atau dijama’kan.( Haula Tafsir Surah al-Fatihah hal.
21)
3. Al-Khalil berkata : “Allah tidaklah boleh dibuang alif pada nama-Nya, tetapi Dia
adalah Allah Maha Perkasa sebutannya atas kesempurnaan dan Dia bukanlah
daripada nama-nama yang harus di mushtaqkan daripada fiil sebagaimana nama
al-Rahman dan al-Rahim.”
4. Ibn Abbas RA berkata : “Allah yang memiliki (sifat) ketuhanan (al-Ilahiyyah) dan
kehambaan (al-Ubudiyyah) ke atas seluruh makhluk-Nya.”
5. Kalimah Jalalah (Allah) mengetahui zat al-Ilah yang sebenar dan yang Dialah
semata yang berhak disembah.
Kalimah ini yang terbanyak disebutkan di dalam al-Quran. Penggunaannya selalu
berulang-ulang sebanyak 2820 kali. Kalimah ini merupakan lafaz Islam yang termashyur
yang diucapkan setiap insan.
Telah dijelaskan asal kalimah (alif, lam dan ha) dan juga penggunaan masing-masing
pengambilan huruf tersebut, khususnya lafaz Allah di kalangan insan orang-orang Arab.
Kalimah ini berasal dari Arab sama ada pada masa Jahiliyyah mahupun selepas Islam,
20
dan bukan merupakan kata serapan (dakhil). (Dairah al-Ma’rif al-Islamiyyah 1/302-
311)
Berasaskan pendapat ini,
Ulama’ nahu Arab termashyur antaranya al-Kisa’i dan al-Farra’ mengatakan kalimah
Allah itu berasal daripada kata al-Illah. Kemudian mereka membuang huruf “hamzah”
dan menggabungkan (idgham) huruf “lam” yang pertama ke dalam huruf “lam “ yang
kedua. Kemudian terbentuk satu “lam” yang disabdu kan (tashdid) dan dibaca dengan
tebal dan berat.
Tarjih
Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata : “Yang benar, kalimah Allah ialah kata yang
mempunyai asal, di mana asal katanya ialah al-Ilah. Ini sebagaimana pendapat ahli
bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti sahabatnya kecuali beberapa orang yang
berpendapat sebaliknya (tanpa sebarang asas). Lafaz Allah mencakupi seluruh makna
al-Asma’ al-Husna dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi.”
Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya 1/27 berkata : “Tentang lafaz Allah pada Bismillah
maknanya mohon bantuan dengan kekuatan Allah SWT untuk menjayakan sesuatu
pekerjaan. Hal ini sangat berbeza dengan Alhamdulillah yang berisikan rasa terima kasih
kepada Allah SWT setelah kita bekerja. Manusia tidak dapat mengungkapkan rasa
syukur kepada Allah SWT kecuali kita menggunakan lafaz al-Jalalah (Allah). Kerana lafaz
tersebut mencakupi seluruh sifat-sifat Allah yang mulia, sehingga tidak perlu
diungkapkan dengan al-Hamdu li al-Qahhar, al-Hamdu li al-Wahhab atau yang lainnya.”
21
Pendapat Tokoh Ulama’ dan Cendekiawan Kristian
Dijelaskan di sini, pendapat tokoh ulama’ dan juga tokoh Kristian yang menunjukkan
ketidaksesuaian penggunaan nama Allah bagi yang bukan Islam.
Pertama : Pendapat Tokoh
1. Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam
Malaysia telah mengulas isu ini sebagaimana yang telah disiarkan di dalam
Mingguan Malaysia, Ahad 6 Januari 2008.
2. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia
berkata : “Menterjemahkan perkataan God kepada Allah bagi agama lain tidak
sesuai dalam konteks Malaysia yang merujuk kepada Allah sebagai Tuhan yang
Maha Esa. Setelah menimbang maslahah dalam konteks Malaysia, Persatuan
Ulama’ Malaysia bersetuju mengambil pendirian bersetuju bahawa perkataan Allah
tidak wajar digunakan bagi agama lain selain daripada Islam.”
3. Osman Abu Bakar, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Malayu
(BBPM) berkata : “Haramkan sahaja penerbitan mereka (Herald Catholic) atau
menarik permit mereka jika sengaja menggunakan nama Allah. Kerajaan perlu
mengambil tindakan tegas kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan ketegangan
22
agama. Kita tidak mahu keamanan negara ini dicemari dengan perbuatan tidak
bertanggungjawab seperti ini dan kami sedia bertindak atas nama Islam.”
4. Prof. Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan
Fiqh dan Usul di UIAM berkata : “Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic
sengaja provokasi Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitif. Ia
diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti
ini. Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini kerana Allah sendiri mewajibkan
kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad
kami.”
5. Dato’ Seri Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Selangor berkata :
“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus
digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia
merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa.” Dalam agama Kristian sendiri, mereka
tidak menggunakan perkataan Allah dalam kita mereka, sebaliknya mereka
menggunakan perkataan seperti Ilah, God, Lord dan sebagainya bagi merujuk
tuhan mereka.
Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan Allah kepada mana-mana
agama lain selain Islam, telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak
bertahun-tahun dahulu.
6. Tan. Sri Syaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara berkata :
“Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam
23
merupakan agama yang suci dan tindakah Herold Catholic ini mempersendakan
Islam perlu diambil tindakan tegas.”
7. Dato’ Dr. Maamor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) berkata : “Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan
mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).”
Kedua : Cendekiawan Kristian
Penganut Kristian juga berselisih pendapat di dalam hal ini. Pada
Ogos 2007, Tiny Muskens telah membuat seruan kepada
penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Bagaimana
pun seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut
kristian sama ada dikalangan Protestans mahupun Katolik sendiri.
Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama Dan Sivil telah membantah
saranan tersebut dengan kenyataannya : “Bishop Martinus Tiny
Muskens can pray to Allah all he wants, but only addlepated
Catholics will follow his lead. It’s not a good sign when members
of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with
Muslims, or those of any other religion. 5
Pengerusi General Synod of The Dutch Protestant Church, Gerrit
de Fijter juga menolak cadangan Muskens dengan berkata : “I
5 http ://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html
24
applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I
doubt the sense of this maneuver.”6
Izzat Andrews seorang penganut Kristian Koptik di Mesir, di dalam
artikelnya yang berbahasa Arab berjudul Allah Bukan Tuhan
Agama Kristian Dan Yahudi telah menyatakan : “Kalimah Allah
hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang
merujuk kepada Tuhan Bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam
kitab-kitab suci Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama
Kristian ialah Elohim.7
Berdasarkan kenyataan yang disebut oleh tokoh-tokoh ulama’ Islam dan cendekiawan
Kristian, jelas menunjukkan bahawa penggunaan nama Allah untuk agama Kristian
tidaklah sesuai bahkan ditentang dengan sekeras-kerasnya oleh kedua-dua pihak.
Tarjih
Setelah melihat kepada dalil-dalil serta hujah-hujah ilmiah yang telah dibincangkan
maka penulis cenderung kepada pendapat ketidakharusan atau haram penggunaan lafaz
Allah bagi yang bukan Islam dalam konteks negara Malaysia ini.
6 http:// www.news .com.au/story/0,23599,22254040-13762,00.html
7 http:// www.coptichistory.org/new_page_197.htm
25
Sebab-sebab Tarjih
Antara hujah dan sebab-sebab tarjih ialah :
1. Lafaz Allah jelas menunjukkan terbezanya maksud dan mafhum antara
orang Islam dan bukan Islam. Mengikut di dalam kitab Dairah al-Ma’rif al-
Islamiyyah 4/1005 jelas menunjukkan perkataan Allah hanya sahaja digunakan
oleh orang Islam sahaja dari kalangan umat Muhammad SAW. antara lain
menyebut, “Allah adalah Rabb yang Maha Tinggi di sisi orang Islam yang mana
sifat-Nya adalah Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar mencakupi segala
sifat kesempurnaan dan keesaan tanpa disekutukan dengan yang lain.”
2. Konsep tauhid hanya wujud dalam Islam sahaja sedangkan kenyataan
orang bukan Islam seperti ahli al-Kitab di kalangan Nasrani dan Yahudi
menganggap ketidakesaan Tuhan sebaliknya adanya konsep anak Tuhan. Justeru,
hal ini amat jarak perbezaannya. Sedangkan Allah bersifat ahadiah dan somadiah.
3. Dr. Ahmad Zaki Hammad dalam Allah Maha Esa : Sifat-sifat Dan
Kesempurnaannya hal 236 berkata : “Dalam sejarah Arab tidak terdapat dalil
dan bukti yang menunjukkan bahawa lafaz al-Jalalah (Allah) telah digunakan
kepada selain Tuhan yang lebih berhak sebagai Pencipta langit dan bumi.”
26
4. Ma’ruf di Malaysia penggunaan nama Allah untuk umat Islam sahaja. Hal
ini tidaklah pelik kerana berhujahkan kepada bahasa itu sendiri menunjukkan
bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar tanpa disekutukan yang lain. Dengan
sebab itu kalimah tauhid mengiakan ketuhanan tetapi mengisbatkan ketuhanan
yang sebenar kepada Allah.
5. Sekalipun penggunaan nama Allah dinyatakan dalam al-Quran oleh
golongan Musyrikin dan ahli Kitab tetapi maksud mereka dalam isu menthabitkan
Tauhid Rububiyah dan maksud yang lain daripada akidah Islamiah.
6. Maslahat ammah di mana jika diberi keizinan sudah pasti membuahkan
bibit-bibit perpecahan dan pertikaian antara agama dan penganut. Justeru,
pemerintah dengan kuasa yang ada padanya melalui kaedah Sa’d al-Zarai’ boleh
menyekat penggunaan kalimah Allah kepada yang bukan Islam.
Keputusan Majlis Fatwa dan Kabinet
Bagi menyokong dan menguatkan lagi tarjih yang dikemukakan di atas, dijelaskan di
sini keputusan yang pernah dan telah dibuat. Antaranya :
1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan penggunaan
empat kalimah kepada yang bukan Islam.
27
2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke 82 pada 5-7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan
kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.
3. Berdasarkan perundangan. Keputusan Kabinet pada Mei 1986 yang telah
memutuskan bahawa terdapat empat kalimah yang tidak dibenarkan
penggunaannya oleh bukan Islam iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat.
4. Malah penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat telah pun
diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82
dan Pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jemaah
menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008 memutuskan untuk
mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18
Oktober dan 1 November 2006.
Penutup
Syariat Islam yang dianggap sebagai salah satu sumber undang-undang umum tetap
hidup dan menerima perkembangan. Ia berdiri sendiri, bukan diambil atau diciplak
daripada yang lain.
Atas perkembangan inilah, sewajarnya para fuqaha’ Islam bergerak di atas satu manhaj
yang jelas jalannya jika mereka mahu memainkan peranan mereka secara sempurna.
Dr. Yusuf al-Qardawi dalam bukunya Wujud Allah berkata : “Sejak lebih dari dua
kurun yang lalu situasi agama di Eropah berada dalam keadaan yang amat getir
disebabkan persepsi gereja yang terdiri daripada golongan akademik dan pemikir.
28
Mereka ini telah menjadikan manusia mengingkari agama Allah. Pada realitinya mereka
ini telah menafikan agama gereja dan secara tidak langsung turut sama menafiakn
kewujudan Allah SWT. Sekiranya diberi peluang untuk mengetahui Tuhan yang
sebenarnya dan agama yang sebenarnya pasti mereka telah menjadi seorang yang
beriman kepada Allah SWT.
Meskipun terdapat tanda-tanda kemunculan golongan Atheis pada ketika itu, namun
begitu tanda-tanda tersebut diabaikan. Dengan ini menjadikan fahaman tersebut
berkembang pesat di Eropah dan di negara-negara lain. sejurus dengan itu
menyebabkan beberapa buah negara telah menjadikan fahaman Atheis ini sebagai
prinsip perlembagaan mereka. Mereka menyatakan : “Tuhan tidak wujud dan kehidupan
ini adalah kebendaan” sepertimana yang terjadi pada perlembagaan Soviet Union
(Rusia) dan negara-negara fahaman sosialis yang lain.”
Walaupun begitu, apa yang menjadi musykil, adanya golongan yang bukan Islam, masih
lagi beriya-iya menamakan tuhan-tuhan mereka dengan nama Allah sedangkan maksud
yang dikehendaki mereka adalah tersasar jauh dan menyeleweng daripada akidah
Islamiyyah. Lebih-lebih lagi kalimah suci ini tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal
kitab suci mereka sama ada Taurat dan Bible. Bagi Muslim yang menyokong keharusan
penggunaannya pula diharap dapat menilai kembali sokongan tersebut setelah meneliti
maksud sebenar kalimah Allah yang telah diutarakan tadi. Justeru, ketegasan daripada
pihak pemerintah dan sokongan padu daripada Ulama’ amat diperlukan dalam
mempertahankan kesucian dan kemurniaan akidah Islamiyyah.
29
Bibliografi
i. Allah al-Ahad (Terjemahan), Dr. Ahmad Zaki Hammad. Jasmin
Enterprise. Cetakan Pertama 2004.
ii. Da’irah al-Ma’rif al-Islamiyyah , Kumpulan Pakar Ulama’. Markaz al-
Syariqah. Cetakan Pertama 1418H/1998M.
iii. Tafsir Sya’rawi (Terjemahan), Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi.
Pustaka Dar al-Salam. Cetakan pertama Muharram 1425H/2004M.
iv. Tafsir Maraghi, (Terjemahan), Ahmad Mustafa al-Maraghi. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Cetakan Pertama 2001.
v. Haula Tafsir Surah al-Fatihah, Syeikh Abdullah Sirajuddin. Maktbah
Dar al-Fallah. Cetakan Pertama 1420H/2000M.
30
vi. Lisan al-Arab, al-Alamah Ibn Manzur. Dar al-Hadith.
vii. Mausuah Asma’ Allah al-Husna , Muhammad Ratib al-Nabalisi. Dar
al-Maktabi. Cetakan Kelima 1429H/2008M.
viii. Tafsir al-Azhar (Terjemahan), Prof. Dr. Hamka. Pustaka Panjimas.
Cetakan Pertama Mei 1985.
ix. Wujud Allah, Dr.Yusuf al-Qardhawi ( Terjemahan ), MAIDAM. Cetakan
Pertama 2007.
x. Al-Kitab al-Muqaddas, Arabic New Van Dyck Bible 2002 The Bible
Society of Egypt. Cetakan Kedua 2004.
xi. Al-Kitab Berita Baik, The Bible Society Of Malaysia, Edisi Kedua
2001.
xii. Mengapa Kalimah Allah?, Satu Percubaan Menjelaskan
Pengertian Ketuhanan Dalam Islam, Dr. Amriah Buang hal 28-47.
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Cetakan
Pertama 1990.

Tuesday, December 15, 2009

BoRaK2..jOm!!!

salam.. topik ni sy ambil dari salah seorang sahabat sy... . khas utk tatapan semua... maaf andainya terkasar bahasa... utk pengajaran bersama... andai ada yg terasa, maaflah.. sekadar perkongsian bersama.. saling ingat-mengingati..

~ apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

  1. seronok (dpt fitnah)
  2. seronok (dpt dosa)
  3. seronok (dpt geng dgn syaitan)
  4. dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
  5. byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , sggup berhutang sbb habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
  6. byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
  7. byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
  8. lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
  9. menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
  10. lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

~ hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

  1. byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.
  2. perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..
  3. sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...
  4. bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..
  5. ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..
  6. ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.
  7. lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...
  8. haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..
  9. ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...
  10. fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya..."

(Mutfaq'alaih)

~~ begitulah kata2 dr saudara kita.. apa yg ingin ditambah oleh sy ialah...

  1. sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .
  2. cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik... Wallahu'alam...VVV

pEmiMpiN uNgGuL

Assalamualaikum.Tajuk yang akan ana utarakan disini ialah pemimpin unggul.Kita memerlukan pemimpin yang berwibawa,itu memang salah satu faktor penjamin kepada kestabilan negara.Di sini ana ingin menerangkan ciri2 pemimpin kepada antum semua. Menurut al-Farabi-bapa psikologi moden,pemimpin yang unggul adalah seorang yang berfikiran tinggi,memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna.Ciri2 ini disebut sebagai al-rais al-awwal(pemimpin ulung)

Antara ciri2 yang diketengahkan oleh al-Farabi ialah:

KEMAMPUAN FIZIKAL
-mempunyai tubuh badan yang sempurna dan sihat supaya dapat menjalankan tugas dgn mudah.

BERANI DAN BERAZAM TINGGI
-mempunyai keazaman yg kuat dan berani menghadapi sesuatu perkara yg perlu dilakukan.

DAYA INGATAN YANG KUAT
-baik hafalan mengenai sesuatu yg difahami dan yg dilihatnya.

BIJAKSANA
-bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu.boleh memahami sesuatu perkara walaupun dgn reaksi sahaja.

BERHEMAH TINGGI
-memiliki jiwa besar dan berhemah tinggi hingga dapat elak dari melakukan perkara remeh temeh.

TIDAK MENCINTAI KEKAYAAN
-tidak berminat untuk mengumpul wang ringgit dan segala bentuk kekayaan dunia yang lain untuk kepentingan diri.

ADIL KEPADA SEMUA PIHAK
-bersikap prokeadilan dan anti-kezaliman.

Manakala pemimpin ideal menurut al-Mawardi pula ialah:

-Adil dlm semua tindakan sama ada pada dirinya @ kpd org lain.

-Mempunyai ilmu agama(faqih) yg sempurna yg melayakkan berijtihad dlm sesuatu prkara apbila perlu.

-Mempunyai anggota badan yg sempurna supaya dpt mnjalankn tugas dgn lancar.

-Mempunyai fikiran yg baik supaya dpt mengatasi segala masalah rakyat dan mengendalikan kebajikan mereka.

-bersikap berani berjihad memerangi musuh kerana mahu menjamin keselamatan rakyat.

Jadi,kita bertanggungjawab memilih pemimpin yang betul2 layak,kerana jika tersalah pilih;kita juga yang akan menanggung dosa.Mungkin tidak pada hari ini,tapi di mahkamah ALLAH nanti;jawablah sendiri.Tak usah melihat pada sudut yang jauh,lihat sahaja bagaimana seseorang itu memimpin keluarganya ke arah syurga,berjaya @ tidak.Selepas itu barulah kepimpinannya kepada masyarakat diambil kira.Untuk panduan yang sebetulnya,ambil sahaja Nabi Junjungan Kita,NABI MUHAMMAD S.A.W sebagai contoh.Akhir kalam dari ana,fikir-fikirkanlah.Wassalam.

cArI JoDoH???

Jodoh.. satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.

Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.

Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.

Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.

Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.

Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan kumakbulkan.”

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.

Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.

Monday, December 14, 2009

pEnGeNaLaN ESQ

"Training ESQ adalah sebuah fenomena yang mampu mengubah kehidupan seseorang..."

Inilah kesimpulan para peserta sejak Training ESQ bermula pada tahun 2001 sehingga kini. Ini adalah kerana ESQ memang berbeza daripada modul-modul latihan yang lain. ESQ bukanlah sekadar latihan kepimpinan atau pengurusan tetapi Training ESQ adalah merupakan pelopor di dalam dunia bagi latihan yang menyentuh aspek spiritual dan emosional seseorang secara mendalam. ESQ adalah merupakan suatu inovasi terkini yang menekankan aspek kepentingan kecerdasan spiritual bagi setiap manusia. Adalah diyakini bahawa kecerdasan spiritual merupakan pusat dan landasan bagi kesemua kecerdasan yang ada iaitu Intellectual Quotient (Kecerdasan Intelektual) dan Emotional Quotient (Kecerdasan Emosional).

ESQ bertujuan untuk lahirkan manusia yang unggul dari sudut emosi dan spiritual dengan cara mengembangkan potensi keperibadian. Membentuk manusia unggul bukanlah suatu perkara yang mudah malah memerlukan suatu proses yang sistematik dan berkesinambungan selain daripada komitmen yang tinggi pada diri seseorang. Sehubungan dengan ini, ESQ adalah merupakan latihan yang berterusan tanpa henti dan memperkenalkan konsep "Pelaburan seumur hidup". Konsep ini bermaksud jika anda telah hadir Training ESQ, anda layak untuk hadir ke Training ESQ seterusnya di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara PERCUMA. Inilah salah satu keistimewaan yang bakal anda perolehi daripada Training ESQ selain daripada konsep ESQ itu sendiri yang cemerlang yang akan membawa kepada cahaya dan harapan baru bagi kehidupan anda.

ESQ akan memandu seseorang dalam membangunkan prinsip hidup dan keperibadian berdasarkan ESQ Way 165. Angka 165 merupakan simbol bagi 1 hati yang Ehsan pada God Spot, 6 Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 Langkah Kejayaan yang berdasarkan Rukun Islam.

Walaupun ESQ berasaskan agama Islam, ini tidak bererti ESQ hanya ditujukan secara eksklusif untuk individu Islam sahaja. ESQ adalah untuk semua tanpa mengira agama atau bangsa. ESQ adalah untuk sesiapa sahaja yang berkeinginan membentuk keperibadian yang unggul dan bertanggungjawab. Selain itu, ESQ juga merupakan suatu usaha yang telah dapat menghubungkan rasionalisme dunia kerjaya dengan spriritual keTuhanan dengan cukup berjaya yang akan membawa kepada bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.

Rahsia kejayaan Training ESQ bermula dari sebuah buku hasil karangan Ary Ginanjar Agustian yang bertajuk 'Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman' pada tahun 2001. Buku ini menjadi tumpuan dan perhatian para pecinta ilmu sehingga buku ini mencapai jualan buku terlaris "best seller". Melihat pada sambutan yang diberikan oleh para pembaca, buku kedua yang diberi tajuk 'ESQ Power' diterbitkan. Buku kedua ini lebih menajamkan pemahaman ke dalam diri berasaskan Ehsan. Daripada sambutan yang terima dan di samping untuk menyempurnakan keseluruhan idea ESQ, maka terbitlah buku yang ketiga yang merupakan pembaharuan pada buku yang pertama yang bertajuk 'ESQ: Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual' yang juga telah mencapai jualan buku terlaris "best seller". Keseluruhan kandungan buku ini adalah merupakan proses pembelajaran dan pengalaman Ary Ginanjar selama 10 tahun.

Sejak buku pertama diterbitkan sehingga kini, ribuan sessi Training ESQ telah diadakan di Indonesia mahupun di negara-negara yang lain seperti di Malaysia, Singapura, Brunei, Holland, Eropah dan Amerika Syarikat. Sehingga Mac 2008, seramai 471,367 orang telah menghadiri Training ESQ ini dan seramai 6,674 datangnya daripada pelatihan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang. Sehingga kini, sebanyak 2,892 sessi Training ESQ telah diadakan di seluruh dunia.{sharethis}


kHuTbAh jUmAaT

Pakai tudung tapi seksi!!Opps..

Kalau anda memakai tudung, alhamdulillah (kepada wanita ni). Tapi belum tentu anda dah tutup aurat dengan sempurna. Jika anda pakai tudung kerana Allah, pastikan anda ikut apa yang Allah nak.

Berikut adalah petikan tulisan dari portal IluvIslam (link ada di bawah):

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya 7 julai lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.vvv

Sunday, December 13, 2009

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

;;